Faeizeen Collection

Your Muslimah T-shirt Center

Subscribe Our Newsletter

Subscriber Newsletter
You are here: Home Customer Support Frequently Ask Questions (FAQs)

Soalan Lazim

E-mail Print PDF

 


S1: Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan t-shirt labuh muslimah Faeizeen Collection?

J1: Anda boleh dapatkannya melalui 2 kaedah, iaitu dengan membeli secara online atau datang sendiri ke tempat kami untuk membeli.


Cara membeli secara online:
1. Muat turun borang tempahan online.
2. Baca panduan serta arahan dalam borang tersebut dengan teliti.
3. Isi maklumat peribadi seperti alamat penghantaran, nombor telefon serta emel.
4. Semak stok semasa di laman web ini.
5. Isi kuantiti mengikut design dan saiz t-shirt labuh yang anda kehendaki berdasarkan stok yang ada.
6. Pilih cara pos dengan mengisi nombor 1, 2 atau 3.
7. Buat bayaran ke mana-mana akaun kami (Maybank atau CIMB) mengikut jumlah bayaran yang terpapar dalam borang tempahan.
8. Masukkan maklumat bayaran, akaun bank kami yang anda telah masukkan bayaran, tarikh bayaran serta jumlah yang telah anda masukkan. (Jika anda menggunakan Western Union, sila nyatakan nombor MTCN)
9. Emelkan borang tempahan tersebut ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dalam bentuk attachment atau kepilan.
10. Tunggu respon dari kami melalui emel atau SMS. Pastikan anda mendapatkan nombor tempahan anda daripada e-mel respon kami.


Cara membeli secara datang ke tempat kami:
1. Semak stok semasa di laman web ini.
2. SMS kami untuk membuat temujanji
3. Datang ke tempat kami untuk mengambil baju dan membuat bayaran.



S2: Bagaimanakah saya ingi menjadi ejen jualan atau pengedar Faeizeen Collection?

J2: Anda boleh menjadi pengedar kami dengan membuat belian secara borong. Sila rujuk senarai harga borong di laman web ini. Tiada yuran keahlian dikenakan.



S3. Adakah saya boleh mendapatkan t-shirt labuh ini pada harga murah jika saya membeli pada kuantiti yang banyak?

J3: Ya, boleh. Sila rujuk kadar harga borong di laman web ini untuk melihat harga borong mengikut kuantiti.



S4: Jika saya membeli pada kuantiti yang banyak, kemudian tidak habis, bolehkah saya memulangkan semula atau menukarnya?

J4: Baju yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar dengan wang ringgit, sebaliknya anda masih boleh membuat pertukaran ke design lain dan saiz lain. Pertukaran adalah mengikut nilai ketika anda membeli. Jika pakaian yang ingin ditukar tidak sama harganya, wang tambahan perlu ditambah atau sebaliknya wang lebihan akan dipulangkan, mengikut keadaan.


S5: Dimanakah lokasi kedai? Bolehkah saya datang terus ke sana untuk membeli t-shirt labuh tuan?

J5: Kedai kami terletak di Wangsa Maju, deretan kedai Wangsa Delima bersebelahan Carrefour dan Wangsa Walk. Sila klik pada alamat kami di bawah untuk melihat peta lokasi kami atau cari Faeizeen Collection di Google Map.


S6: Saya ingin menjadi pengedar t-shirt labuh Faeizeen Collection, tapi saya kekurangan modal, bolehkah saya dapatkan baju dahulu dan membayar kemudian?

J6: Maaf kami tidak dapat berbuat demikian, jika kami berbuat demikian, tiada jaminan untuk anda membuat bayaran tepat pada masanya dan kami tiada masa untuk mengambil tindakan yang lebih tegas akibat bayaran hutang yang tertunggak. Kami harap anda faham, dalam dunia perniagaan manusia cukup liat untuk membayar hutang dan untuk memulakan perniagaan iaitu dengan menjadi pengedar kami, anda mestilah memiliki modal. Jika anda tiada modal yang besar, anda boleh mula secara kecil-kecilan. Jangan terlalu tamak dan gopoh dalam memulakan perniagaan, kami juga seperti anda, memulakan perniagaan secara kecil kecilan terlebih dahulu.

Satu cadangan daripada kami, anda boleh mengambil tempahan terlebih dahulu dan mengutip deposit atas setiap tempahan, dengan itu anda hanya perlu mengeluarkan modal sebahagian sahaja, dan jualan adalah pasti kerana telah ada pelanggan.


 

 




Payment Method

Payment for each of your order can be made to one of the following bank account:

Maybank: 5624-0505-1490 

CIMB: 1302-0111-1415-27

Nama: Muhammad Fadhli bin Ahmad
Emel: faeizeen@gmail.com


We also accept payment from:

Customer Support

Any inquiries please contact us as follows:

  • Faeizeen Collection, 
    Lot 1080-1B, Batu 8 1/2,
    Jalan Gombak,
    53100 Gombak, Kuala Lumpur.
  • Tel: 03-61861176 / 013-2002857
  • Email: faeizeen@gmail.com

Sila gunakan pelayar Mozilla Firefox atau Opera atau Google Chrome untuk paparan yang lebih sempurna

Download Firefox 3.0.4Download Opera 9.62 




Join us @ Facebook

Comment Box

Share with friends

Add to: JBookmarks Add to: Facebook Add to: Seekxl Add to: Linkarena Add to: Del.icoi.us Add to: Jumptags Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Google